Sabtu, 31 Oktober 2009

sandakan?????????!!!!!!!!!



SANDAKAN SECARA UMUM





Kedudukan Sandakan

Terletak di kedudukan 5° 30” Utara sehingga ke 6° 17” ke Utara, manakala di kedudukan garis bujur adalah 117° 37” Timur sehinggalah 118° 21” Timur. Sandakan merupakan bandar di negara Malaysia yang paling ke timur dari aspek garis lintang dan bandar yang terletak paling ke timur bagi negeri Sabah. Bandar Sandakan juga terletak kira-kira 1,900 kilometer dari Kuala Lumpur, ibu kota Malaysia dan hanya kira-kira 28 kilometer dari sempadan negara Filipina. Bandar Sandakan telah wujud sebagai sebuah residensi semenjak tahun 1948.
Asal-usul nama Sandakan
Mengikut catatan Sejarah, nama Sandakan berasal daripada perkataan Sulu iaitu “SANDAK” bererti “pajak gadai”.  Jadi pengertian keseluruhannya adalah "bandar yang di pajak gadai".

Kawasan di bawah bidang kuasa Daerah Sandakan
Bandar - 46 batu persegi atau 12,000 ha
Separa bandar - 56 batu persegi atau 14,500 ha
Luar bandar dan laut - 773 batu persegi atau 200,124 ha

Bandar Sandakan mepunyai banyak keistimewaannya dari pelbagai aspek. Antaranya adalah  Sejarah, Kebudayaan, Alam Semulajadi, Ekonomi.


Sejarah Sandakan
 
Catatan sejarah mengenai bandar ini bermula pada abad ke-15 hinggalah kini.  Bandar ini pernah dikuasai oleh Kesultanan Sulu dan di buka oleh suku kaum Taosug (Suluk), pedagang dari Austria, German dan Scotland. Ia menjadi bandar di bawah kuasa British sejak tahun 1879 hingga 1969 sebelum Sabah menyertai Malaysia. Zaman pemerintahan Jepun pada tahun 1942-1945 telah meninggalkan banyak peristiwa pahit di kalangan penduduk Sandakan terutamanya golongan peniaga bangsa Cina. Bandar Sandakan merupakan bandar yang cukup unik dengan tinggalan sejarahnya yang masih dikekalkan sehingga kini. 



Kebudayaan
 
Bandar Sandakan sememangnya unik kerana ia terdiri daripada pelbagai kaum justeru itu menghasilkan pelbagai kebudayaan mengikut kebudayaan suku kaum masing-masing. Antara kaum yang telah lama menetap di Bandar Sandakan adalah kaum Cina, Suluk, "Bajau Simunul", Bisaya dan suku kaum Sungai dan beberapa suku kaum yang lain.


Alam semula jadi
Sandakan memang kaya dengan alam semulajadinya yang mendapat tarikan pelancong luar negara dan 
pelancong tempatan. Perkataan “SAN” juga bererti “Sea, Adventure, dan Nature” yang menarik ramai pelancong ke Sandakan. Oleh itu Sandakan memang mempunyai  banyak tempat-tempat yang menarik boleh dilawati di Sandakan.


Ekonomi Sandakan
 
Bandar Sandakan merupakan bandar yang kaya dengan pelbagai sumber sejak awal abad ke 18 lagi. Keistimewaan dan kekayaan sumbernya telah menarik ramai pelabur asing untuk menjalankan perniagaan. Kayu balak merupakan hasil yang telah banyak membawa keuntungan kepada pelabur asing. Selepas perniagaan balak merosot timbul kelapa sawit yang merupakan ekonomi utama Sandakan. Selain dari itu perikanan, pelancongan dan sarang burung juga merupakan kegiatan ekonomi penting Sandakan.





Tiada ulasan: